Saya bertanyakan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa penggulungan di peringkat dasar tentang perincian langkah-langkah seterusnya bagi isu keganasan rumahtangga agar dapat ditangani secara bersama.
Isu kedua berkait dengan status pelaksanaan keputusan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi mengenai projek rintis “Alternative to Detention” yang melibatkan 405 kanak-kanak ditahan tanpa penjaga di seluruh Depoh Tahanan Imigresen.